Kategori UTP


Terdapat 5 kategori (level) untuk kabel UTP. Kategori ini menyokong signal suara berkecepatan rendah (low-speed voice) dan signal LAN berkecepatan tinggi. Kategori 5 UTP direkomendasikan sebagai kategori minimum untuk instalasi LAN dan sesuai untuk topologi star. Jadual berikut menunjukkan masing-masing kategori :

Kategori

Performansi (MHz)

Penggunaan

Cat 1

1

Voice, Mainframe, Dumb Terminal

Cat 2

4

4 MB Token Ring

Cat 3

10

10MB Ethernet

Cat 4

20

16 MB Token Ring

Cat 5

100

100 MB Ethernet

Unshielded Twisted Pair [UTP]



Kabel “Unshielded twisted pair” (UTP) digunakan untuk LAN dan sistem telepon. Kabel UTP terdiri dari empat pasang warna konduktor tembaga yang setiap pasangnya berpilin. Pembungkus kabel memproteksi dan menyediakan jalur bagi tiap pasang kawat. Kabel UTP terhubung ke perangkat melalui konektor modular 8 pin yang disebut konektor RJ-45. Semua protokol LAN dapat beroperasi melalui kabel UTP. Kebanyakan perangkat LAN dilengkapi dengan RJ-45.


Penyambungan RJ45

KABEL SAMBUNGAN TERUS


Kabel Sambungan Terus ialah istilah untuk kabel yang menggunakan standard yang sama pada kedua hujung kabelnya, (Type 568-A atau 568-B) pada kedua hujung kabel.

Ia digunakan untuk sambungan seperti berikut:
  • Sambungan dari penghala kepada hab/suis.
  • Sambungan dari pelayan kepada hab/suis.

KoMpuTeR


Apa itu komputer ???

Takrif asal "komputer", seperti yang disebut di atas, hanya merangkumi peralatan khusus yang boleh mengira satu fungsi atau berbilang fungsi yang terhad. Sekiranya mengambil kira komputer moden, salah satu ciri yang membezakannya dengan komputer awal ialah: sekiranya dimasukkan dengan perisian-perisian yang sesuai, komputer moden berkemampuan untuk meniru sebarang pengiraan. Namun kemampuan ini dibatasi oleh pemuatan storan,ingatan capaian rawak (RAM) serta kelajuan pemprosesan. Dalam erti kata lain, kemampuan ini boleh digunakan sebagai ujian untuk membezakan komputer "serba-guna" dengan komputer awal yang hanya khusus untuk tugas tertentu. Komputer juga boleh ditakrifkan sebagai satu sistem yang mengendalikan simbol-simbol elektronik dengan pantas dan tepat dan direka khas untuk menerima, memproses, menyimpan dan mengeluarkan hasil keluaran.

TeKnoLogi KoMpuTeR [SiSTeM]


Kursus Teknologi Komputer (Sistem) merupakan kursus peringkat Sijil Teknologi yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).Tempoh latihan sepenuh masa bagi kursus ini ialah 1 tahun 9 bulan. Pelajar diwajibkan menjalani latihan kemahiran selama satu 1 tahun 6 bulan (dari semester 1 hingga 3) danpada semester 4, pelajar perlu menjalani latihan industri (industrial training) selama tiga bulan.Pelajar lepasan Sijil Teknologi bagi kursus ini mempunyai peluang kerjaya seperti Juruteknik Sistem Komputer atau pekerjaan lain yang berkaitan.